Sekian lama tenggelamnya berita tentang perkembangan Litecoin (LTC), aset ini menunjukkan pergerakan yang positif sejak minggu lalu.
Litecoin mencatatkan peningkatan harga lebih 50%, sebelum melepasi paras $290 pada 10 Nobember dari paras terendah harian $196.9, sebelum kembali susut kepada nilai $243.9 pada 12 November
Terdapat dua faktor yang boleh diperhatikan secara dekat:
- Berdasarkan pergerakan majoriti matawang kripto, pasaran kini sedang berada di fasa lonjakan harga.
- Jumlah pelaburan meningkat dalam tempoh 48 jam bagi tarikh direkod 7-8 November menunjukkan kadar aliran masuk modal yang tinggi berbanding kebiasaannya.
- Boleh jadi ia disebabkan oleh FOMO susulan daripada pengumuman AMC Entertainment menyenaraikan LTC sebagai medium pembayaran.
Bercakap tentang Litecoin, aset ini tidak dilihat sebagai aset yang unggul untuk dijadikan pelaburan. Sebagai rekod, kadar pertumbuhannya hanya meningkat 1.5 juta sejak tahun lalu.
Bagaimanapun pada 8 November, jumlah tersebut meningkat sehingga 3 juta, menjadikan jumlah keseluruhan alamat wallet yang memiliki LTC mencecah 7 juta.
Tidak cukup dengan itu, pada hari yang sama juga jumlah transaksi Litecoin turut meningkat daripada rekod purata Oktober.
Ketika penulisan, harga LTC kembali mendatar dengan nilai dagangan semasa $275.21, meningkat 7% dalam 24 jam.
Aset ini perlukan lebih 33% untuk kembali ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $412.96 yang direkod pada 10 Mei.