IOTA mempunyai keunikan pada teknologi sendiri yang bukan berasaskan blockchain tetapi ”Tangle” iaitu sistem nod yang mengesahkan transaksi.
Teknologi ini berbeza dengan teknologi blockchain dimana asas di sebalik platform ini menawarkan kelajuan yang jauh lebih besar daripada konvensional blockchain.
IOTA adalah lejar yang diedarkan secara terbuka berorientasikan komunikasi dan pembayaran yang selamat. Berbeza dengan blockchain seperti yang digunakan Bitcoin, Tangel tidak mempunyai blok (blockless), maka dengan IOTA tiada isu skalabiliti.
IOTA memmpunyai 4 orang pengasas bersama iaitu Sergey Ivancheglo, Serguei Popov, David Sonstebo dan Dominik Schiener.
Baru-baru ini, IOTA telah melancarkan Era desentralisasi terbaru iaitu ‘IOTA 2.0 DevNet’
Core modules implemented. Final checks complete. Network ready for launch.
3.. 2.. 1.. Liftoff 🚀
The IOTA 2.0 DevNet (Nectar) is live!
Experience the future of a fully decentralized, scalable, and feeless #IOTA network today. https://t.co/UzUseVuI02 pic.twitter.com/jsSr7CF1jP
— IOTA (@iota) June 2, 2021
IOTA 2.0 DevNet merupakan desentralisasi sepenuhnya bagi rangkaian IOTA yang pertama tanpa memerlukan penyelaras.
Seterusnya, mari kita lihat carta pergerakan harga IOTA/USDT.
Menurut pergerakan harga semasa, IOTA telah menrekodkan lebih 800% kenaikan pada pembukaan pasaran di awal bulan Januari sehingga 15 April 2021 dengan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) mencapai $237.24.
Malangnya, kenaikan tersebut hanya sementara sehingga penyusutan ke paras sokongan harga $0.80 kesan daripada kejatuhan Bitcoin (BTC).
Untuk jangkaan seterusnya, pergerakan harga dijangka bakal membuat kenaikan untuk menguji zon SBR (support become resistance) semula sekitar harga $1.30.
Sekiranya pergerakan harga IOTA berjaya menembusi paras rintangan tersebut, pergerakan harga bakal menuju ke zon SBR (support become resistance) seterusnya dan akan membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Namun, jika harga menyaksikan penurunan ke paras harga yang lebih rendah, zon support sekitar harga $0.80 bakal diuji dan pelabur akan menilai reaksi harga pada zon tersebut.
Lihat gambar carta matawang kripto IOTA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.