Lonjakan hasil bon Amerika Syarikat malangnya telah menolak dagangan logam kuning emas tersungkur lebih rendah ke bawah paras harga $1,800 per auns.
Ini dapat dilihat pada sesi New York, di mana harga emas menjunam ke $1,789 sebelum kembali mendaki untuk diniagakan pada sekitar harga $1,802 per auns pada sesi Asia hari ini.
Hasil perbendaharaan AS 10 tahun melonjak ke tahap tertinggi terbaharu untuk bulan ini pada 1.55%, yang mungkin didorong oleh kekecewaan daripada lelongan bon 7 tahun yang lemah.
Walaupun begitu, hasil bon yang kukuh gagal menarik dolar greenback untuk mencatatkan kenaikan, sebaliknya mata wang gergasi itu jatuh lebih rendah dan memberi keuntungan buat pesaing utamanya yang lain.
Kelemahan ini sedikit sebanyak membantu dagangan emas untuk kembali mendaki dan mempertahankan kedudukannya di atas harga $1,800.
Sementara itu di sisi lain, kes Covid-19 harian terus meningkat di banyak negara, tetapi berikutan jangkaan bahawa ia tidak akan membawa kepada sekatan baharu yang meluas menyebabkan pelabur terus berada dalam pasaran.