Harga Bitcoin telah menunjukkan peningkatan sebanyak 22% pada minggu ini dan dalam masa yang sama terus bergelut untuk melepasi paras rintangan $40,000. Seperti yang sedia maklum dalam kalangan pemain pasaran kripto, bahawa harga Bitcoin diperdagangkan antara $ 30,000 dan $42,000 semenjak 2 bulan ini. Pada minggu ini peningkatan harga Bitcoin ke paras $40,000 beberapa kali telah memberi nafas baru kepada komuniti kripto.
Minggu lepas dilihat sebagai minggu yang menjanjikan untuk BTC dengan cubaan untuk mengatasi garis bergergak SMA20 dan MA 50 hari. Ini merupakan pertama kali BTC didagangkan di atas MA 50 sejak awal bulan Mei. Sebahagian pemerhati kritpo berpendapat lonjakan harga adalah pada posisi ‘uptrend’.
Walaupun momentum yang memberangsangkan untuk kenaikan harga, BTC masih lagi menguji rintangan utama iaitu antara $40,000 sehingga $42,000. Sejak pembetulan harga besar-besaran pada 19 Mei, Bitcoin telah kehilangan momentum untuk mentutup pada $39,000 mingguan.
Selain itu, segelintir berpendapat bahawa harga BTC akan mula reda selepas 8 hari mencatat keuntungan seharian dan penurunan harga pada julat waktu 4 jam.
Pada ketika ini harus menjadi perhatian bagi pemain pasaran kripto ialah paras rintangan $ 40,000 – $ 40,500, $ 41,300, $ 42,000, $ 43,610, $ 44,750 dan $ 47,800. Paras sokongan pertama pula pada $ 39,500 kemudian pada $ 37,000, $ 36,620, $ 35,000 dan $ 34,460.
Harga BTC kini didagangkan pada paras harga $39,888.79 di coinmarketcap.