Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat kembali melonjak semula dari zon support 1.38000 pada dagangan penghujung minggu lalu.
Situasi kenaikan harga tersebut didorong oleh penyusutan US dolar susulan data tinjauan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York Jumaat lalu mencatatkan kejatuhan sehingga ke paras terendah untuk tempoh 10 tahun.
Ini telah mendorong kenaikan semula harga walaupun prestasi Pound tidaklah begitu memberangsangkan selepas laporan awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk suku kedua diterbitkan meningkat menepati ramalan.
Untuk minggu ini pula, laporan data pekerjaan UK akan diterbitkan pada Selasa yang akan menjadi tumpuan bagi trader Pound.
Selepas melonjak semula dari zon support 1.38000, harga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk kembali memberi isyarat bullish semula.
Pembukaan pasaran di awal minggu hari ini menyaksikan penurunan harga berlaku sejak sesi Asia bersambung ke awal sesi Eropah.
Namun, penganalisis menjangkakan harga bakal menyambung kenaikan untuk menguji paras rintangan 1.39000 pada zon SBR (support become resistance).
Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut seterusnya bakal meneruskan kenaikan menuju zon rintangan pada 1.40000.
Tetapi jika harga menjunam semula, zon support 1.38000 akan terus cuba untuk ditembusi harga sebelum harga menuju ke paras-paras tumpuan lebih rendah sekitar 1.37000 atau support 1.36000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru beberapa minggu.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG