Binance Coin (BNB) menunjukkan prestasi harian yang memberangsangkan selepas mencatat lonjakan yang besar buat kali kedua pada bulan Februari. BNB meroket ke paras tertinggi baru sepanjang masa iaitu pada $195, iaitu peningkatan sebanyak $80 dalam masa 24 jam terakhir.
Dengan ini, BNB telah catat kenaikan 42% atau empat kali ganda pada bulan Februari sahaja. Kenaikan tahunan pula sebanyak 413%. Lonjakan harga semasa telah mendorong BNB naik beberapa tangga kepada tangga keempat dari sudut jumlah modal pasaran kripto di CoinMarketCap.
Selepas melepasi rintangan $150, para penganalisis menyatakan bahawa rintangan seterusnya untuk BNB ialah pada $200. Jika rintangan ini dapat dilepasi maka BNB akan melonjak lebih jauh.
Kenaikan harga BNB coin juga didorong oleh aktiviti ketara di Binance Smart Chain (BSC). Berdasarkan data dari Defistation, jumlah dagangan di BSC telah meningkat 20% dalam tempoh 24 jam terakhir dan sekarang berjumlah sekitar $ 8 bilion.
Kos gas atau transaksi yang tinggi di Ethereum telah mendorong para pedagang beralih kepada alternatif lain seperti BSC. Harga Bitcoin kini didagangkan pada paras tinggi baru iaitu pada $51,794.51 seunit!