Kemerosotan dalam hasil bon AS telah mendorong penyusutan buat dagangan dolar greenback, sekali gus memberi ruang buat kebanyakan matawang utama kembali mendaki pada hari ini.
Penanda aras hasil bon 10 tahun AS susut dari 1.6% yang dicatatkan pada hari Isnin, dengan berlegar di sekitar paras 1.56% pada pembukaan sesi Eropah.
Sementara indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan menyusut pada 92.05, tetapi masih kuat di sekitar paras tertinggi 3 bulan berbanding sekumpulan matawang utama.
Susulan penyusutan US dolar, dagangan euro kembali mencatatkan kenaikan walaupun pergerakan harga masih di bawah tekanan.
Dalam pada itu, pelabur pada sesi Eropah akan diperlihatkan dengan penerbitan bacaan akhir pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Eropah untuk suku terakhir 2020 pada petang ini.
Selain itu, matawang pound turut meraih momentum untuk meningkat susulan kemerosotan dolar greenback, dengan pergerakan harga kini mensasarkan paras 1.39000.
Sementara itu, kejatuhan drastik dalam pasaran ekuiti ketika sesi Asia, terutamanya saham teknologi, telah mendorong pihak berkuasa China untuk campur tangan dengan membeli saham bagi membantu menstabilkan pasaran. Niaga hadapan Nasdaq didagangkan lebih tinggi setelah menderita pada hari Isnin.