Demokrat terus bergerak lebih maju untuk meluluskan pakej bantuan coronavirus bernilai $1.9 trilion, setelah resolusi berlanjawannya mendapat kelulusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Rabu.
Kelulusan langkah tersebut memudahkan Kongres untuk maju dengan perjanjian, di mana Demokrat dapat meluluskan rang undang-undang rangsangan coronavirus tanpa sokongan Republik. Senat dijangka akan menyetujui resolusi tersebut akhir minggu ini.
Resolusi tersebut telah diluluskan dengan pungutan suara 218-212, di mana dua ahli Demokrat menentangnya, sementara tidak ada Republikan yang menyokongnya. Ini mencerminkan perpecahan bipartisan dalam menyetujui pakej bantuan coronavirus.
Menggunakan peraturan menghalang parti Republikan di Senat menangguhkan atau menyekat pakej itu, ia juga bermaksud Demokrat tidak perlu lagi menawarkan konsesi untuk menjayakan perjanjian tersebut.
Pakej rangsangan $1.9 trilion yang dicadangkan oleh Presiden Joe Biden telah mendapat tentangan daripada Republikan sebelum ini, atas alasan nilainya terlalu besar, lebih-lebih lagi Kongres baru sahaja meluluskan bantuan $900 bilion pada bulan Disember.
Tentangan ini menyebabkan Senator Republikan mencadangkan bantuan alternatif yang jauh lebih rendah kepada Joe Biden dan mengadakan pertemuan pada Isnin lalu. Bagaimanapun, hasil daripada pertemuan tersebut, Biden mengatakan cadangan $618 bilion yang ditawarkan oleh Republikan terlalu kecil.