Kebimbangan yang masih lagi terpalit terhadap risiko penularan varian Omicron serta ketidaktentuan yang kekal membelenggu Evergrande sama sekali telah pun membebankan pergerakan dolar Kanada.
Meskipun Bank of Canada (BOC) kekalkan kadar faedah tidak berubah, bank pusat itu dijangka akan mengesahkan semula rencana untuk menaikkan kadar faedah lebih awal berdasarkan kepada data positif yang diterbitkan.
Mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis juga berkemungkinan akan menjadi tumpuan pasaran dalam menantikan Federal Reserve (Fed) menepati kenyataan hawkish yang dilontarkan ataupun sebaliknya.
Harga pada carta pasangan matawang USD/CAD dilihat menampilkan pergerakan volatile di penutup dagangan minggu lalu (Jumaat) untuk kekal berlegar di zon RBS (resistance become support) 1.27000.
Namun demikian pergerakan harga masih lagi didagangkan di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk memberi petunjuk awal kepada perubahan trend bullish.
Dalam pada itu, harga tampaknya menyusut pada awal sesi Asia hari ini (Isnin) bagi mencecah semula zon RBS 1.27000 dan mula menunjuk rentak dalam mempamer lonjakan di pembukaan sesi Eropah.
Justeru zon SBR (support become resistance) 1.28000 berkebarangkalian akan menjadi hala tuju yang seterusnya untuk dicapai terlebih dahulu sebelum terus melonjak sehingga ke zon rintangan 1.28500.
Reaksi pada zon rintangan tersebut kemungkinan bakal dinilai oleh pelabur bagi menjangkakan sama ada zon itu mampu untuk ditembusi ataupun akan terus kekal menghalang lonjakan yang lebih tinggi.
Sebaliknya zon RBS 1.27000 dijangka akan dicecah jikalau harga kembali papar penurunan yang sekali gus mungkin bakal menjejaki zon sokongan 1.26000 dan juga paras terendah dalam tempoh 4 minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG