Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY menarik minat ramai pedagang apabila telah pamerkan lonjakan pada awal minggu sementara tumpuan pada minggu ini terarah pada mesyuarat FOMC.
US dolar berjaya mengukuh berbanding Yen apabila kenaikan harga dilihat berjaya melepasi paras harga 110.00 pada dagangan Isnin lalu sebelum mendatar di atas paras tersebut semalam.
Paras 110.00 kini menjadi paras sokongan buat harga dan pergerakan di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY turut mengunjurkan corak kenaikan harga yang akan diteruskan.
Namun, arah pergerakan harga seterusnya bakal ditentukan selepas keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.
Langkah untuk Federal Reserve (Fed) melaksanakan pengurangan pembelian aset (tapering) masih lagi menjadi perbincangan dengan analisis pada data-data tumpuan seperti laporan NFP dan data inflasi AS yang telah diterbitkan pada minggu-minggu sebelum ini.
Kenaikan harga lebih tinggi pada carta USD/JPY dilihat akan menguji paras rintangan yang dicapai harga 2 minggu yang lalu sekitar 110.300.
Melepasi paras tersebut akan menjadikan sasaran terbaru buat harga pada 111.00 yang merupakan paras rintangan diuji pada Mac lalu selepas kali terakhir harga berada pada sekitar tersebut sejak Mac 2020.
Berhati-hati sekiranya harga kembali turun semula di bawah paras 110.00 dan juga paras sokongan MA50 yang akan menjadi isyarat awal trend bearish.
Penurunan lanjut harga bakal kembali semula ke paras tumpuan 109.400 selepas melepasi zon minor RBS (resistance become support) sekitar 109.600.
Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI