US dolar merudum ke paras terendah tiga minggu selepas data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat menunjukkan bacaan yang lebih lemah daripada dijangkakan pada suku ketiga.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS berkembang hanya 2% pada suku ketiga, kadar pertumbuhan paling lemah sejak pandemik yang menyebabkan penutupan global pada suku kedua 2020.
Bacaan ini tersasar daripada jangkaan untuk meningkat 2.6% dan jatuh ketara dari pertumbuhan yang dicatatkan pada suku sebelumnya sebanyak 6.7%.
Pelaburan perniagaan, perbelanjaaan kerajaan dan perdagangan dilaporkan menjadi penyumbang kepada penurunan ini, tetapi perbelanjaan pengguna mempunya kesan paling ketara terhadap pertumbuhan.
Dengan keyakinan pasaran bahawa Federal Reserve (Fed) akan melaksanakan pengurangan rangsangan, laporan ekonomi terbaru ini mungkin akan menyebabkan Pengerusi Jerome Powell untuk menolak kemungkinan untuk kenaikan kadar pada mesyuarat polisi FOMC minggu depan.
Sementara itu, matawang euro mendapat manfaat daripada kejatuhan US dolar, meskipun pengumuman dasar Bank Pusat Eropah (ECB) tidak berubah dan Presiden Christine Lagarde terus memberi kenyataan yang sama mengenai inflasi.
Euro meningkat hampir 0.7% berbanding dolar greenback dan kini di landasan untuk keuntungan harian terbesar sejak Mei, dengan didagangkan sekitar harga 1.1676 pada sesi Asia.
Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama lain pula diniagakan pada 93.40.