Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Janet Yellen dan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde telah menekankan untuk mengeratkan kerjasama transatlantik dalam menyelesaikan masalah ekonomi dan kewangan.
Melalui panggilan yang dibuat pada hari Selasa, mereka telah berbincang mengenai alat-alat dasar untuk mendorong pertumbuhan dan penciptaan pekerjaan di Amerika dan Eropah.
Yellen juga telah memuji Presiden Lagarde atas tindak balas dasar ECB yang cepat dan tegas dalam menghadapi krisis pandemik coronavirus.
Selain itu, beliau juga menekankan keutamaan Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) bersama, termasuk menamatkan krisis pandemik, menyokong pemulihan ekonomi global yang kuat, menjaga kestabilan kewangan dan memerangi perubahan iklim.
Pada minggu lalu, Yellen telah menyeru kepada rakan sejawatnya dan ketua bank pusat dari G7 dengan mengatakan ini adalah masanya untuk bertindak lebih besar sekarang dalam memberikan sokongan fiskal selanjutnya.
Pentadbiran baru Presiden Joe Biden berusaha untuk membina semula hubungan dengan sekutunya Eropah, setelah hubungan Washington dan EU sebelum ini telah diburukkan oleh pentabiran Trump.
Pegawai EU minggu lalu menyambut baik keputusan Washington untuk menangguhkan tarif tambahan pada barangan EU dalam perselisihan mengenai isu Boeing yang telah lama berlaku, dan mengatakan mereka siap bekerjasama untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan.