Seperti yang dijangkakan oleh pandangan beberapa penganalisis pasaran, pengukuhan awal US dolar pada Selasa dilihat bersifat sementara apabila US dolar kembali bergerak lemah pada dagangan Rabu semalam.
US dolar masih dibayangi oleh penurunan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang dilihat susut ke paras sekitar 1.54% setakat sesi Asia pagi ini.
Tumpuan utama pada hari ini akan terarah pada mesyuarat polisi monetari oleh bank pusat Eropah pada jam 7.45 petang waktu tempatan.
European Central Bank (ECB) dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah. Kenyataan susulan oleh ECB akan diberi perhatian oleh pelabur dengan jangkaan untuk unjuran ekonomi positif dan pengurangan pembelian bon (tapering) akan menyokong peningkatan nilai Euro.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada hari ini pasti akan memberikan aksi yang menarik.
Selepas kenaikan pada Selasa memasuki zon rintangan 1.20600-1.20900, harga susut semula dan disokong pada paras 1.2000 semalam.
Menguji zon RBS (resistance become support) tersebut, harga membuat kenaikan semula ekoran pergerakan lemah US dolar di sesi New York.
Namun, harga masih bergelut untuk melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dengan kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat ECB.
Jika kenaikan diteruskan, harga bakal menguji semula zon rintangan 1.20600-1.20900 sebelum kenaikan lebih tinggi dijangka menuju sehingga paras 1.21500 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu.
Namun, jika harga menjunam lebih rendah melepasi zon RBS 1.20000, harga berkemungkinan akan menuju semula sehingga ke paras 1.19000 semula.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI