Blockchain Zilliqa (ZIL) telah menjalin kerjasama dengan platfrom muzik NFT, Token||Traxx dalam usaha untuk menjadi perintis pertumbuhan ekonomi pembuat muzik.
Kerjasama tersebut turut membawa modal bernilai $1.1 juta untuk menyokong usaha Zilliqa yang mahu menengahkan manfaat teknologi blockchain dan non-fungible token (NFT) bagi menggalakkan kehadiran artis dan menarik minat peminat muzik.
Token||Traxx turut menawarkan jaminan seperti:
- Evolusi pembayaran royalti
- Hak pemilikan dan senarai main (playlists)
- Elemen-elemen yang terdapat di Spotify dan Apple Music tetapi lebih menarik dengan penggunaan teknologi yang diedarkan.
Sebagai rekod, Token||Traxx diterajui oleh TommyD dan bekas pengerusi Warner Music, Miles Leonard.
Ini bukanlah kali pertama Zilliqa membuat kerjasama dengan pihak lain.
Sebelum ini juga Zilliqa ada bekerjasama dengan Mintable, Unicutes, dan platform berkonsepkan play-to-earn, DeMons.
Ketika penulisan, ZIL didagangkan pada $0.0896, meningkat hampir 1% dalam 24 jam.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.