Bermula 12 Mei, pembakaran token Shiba Inu (SHIB) telah dilakukan demi mengurangkan bekalannya di dalam pasaran.
Setakat hari ini, sebanyak 410 trilion SHIB telah hapus secara kekal sejak pelancaran portal pembakaran pada 23 April dan harga seunit token ini tidak menunjukkan sebarang lonjakan harga, didagangkan sekitar $0.0000116, susut lebih 6% dalam 24 jam tetapi masih bertahan dengan peningkatan lebih 13% sejak minggu lalu.
Pun begitu, pemegang yang membakar SHIB ditawarkan dengan ganjaran token Ryoshis Vision (RYOSHI) melalui burntSHIB yang diterima terlebih dahulu.
Difahamkan pemberian RYOSHI bermula pada dua hari yang lalu berdasarkan ciapan rasmi Ryoshis Vision di laman Twitter:
🚨 Rewards Announcement 🚨
The first distribution of ShibaBurn Rewards are out now.
For those who burned $SHIB trough the burn portal and are holding $burntSHIB your rewards are available now.
Check your balance https://t.co/trkX7sBEWu#RyoshisVision #ShibaSwap #Together pic.twitter.com/ocldV4dBKZ
— Ryoshiverse (@0xRyoshiverse) May 17, 2022
Ketika penulisan RYOSHI mencatatkan peningkatan 1% dalam 24 jam dengan nilai dagangan $0.000000006133.
Whale Memborong
Pada masa yang sama, ada whale sedang memerhatikan pergerakan harga SHIB dan membuat pembelian besar token ini.
Berdasarkan rekod transaksinya, BlueWhale0073 telah membuat pembelian 116,728,251,707 SHIB bernilai sekitar $1,385,564 pada petang semalam.
Secara tidak langsung, pemilikan SHIB whale ini meningkat sehingga 7,215,260,528.66 (~$84,598).