Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Data KDNK Australia (Rabu 9.30 Pagi): Pertumbuhan ekonomi di Australia bakal memberi isyarat negatif dengan jangkaan bacaan data Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) untuk suku pertama merosot lebih rendah.
Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 10.00 Malam): Seperti bank pusat yang lain, Bank of Canada (BOC) bakal meneruskan langkah pengetatan polisi dengan ramalan kenaikan kadar agresif sebanyak 50 mata asas diteruskan lagi kali ini.
Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Rabu 10.00 Malam): Tinjauan bagi sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) akan memberi petunjuk kesihatan semasa ekonomi terbesar di dunia itu. Bacaan data yang diterbitkan akan mempengaruhi pergerakan bagi mata wang US dolar dalam pasaran.
Laporan Pekerjaan ADP NFP AS (Khamis 8.15 Malam): Bakal memberi isyarat awal terhadap laporan pekerjaan NFP, laporan data pekerjaan bagi sektor swasta di AS dinilai. Pasaran menjangkakan angka untuk bulan Mei sedikit meningkat setelah mengalami penurunan pada bacaan terdahulu.
Laporan Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Setelah bacaan pada April lalu berjaya dikekalkan daripada jangkaan penurunan, namun pada laporan untuk bulan Mei ini, pertambahan pekerjaan di AS diramalkan bakal alami penyusutan. Namun, kadar pengangguran dijangka untuk menurun serta purata pendapatan diunjurkan stabil.