Selepas pelancaran kemaskini EIP-1559 di mainnet Polygon pada Januari, lebih 65.8 ribu MATIC telah dibakar.
Berdasarkan harga semasa, sebanyak $88,4921.03 telah dilenyapkan oleh mekanisme pembakaran tersebut.
Difahamkan pembakaran MATIC mengambil tiga langkah utama yang bermula di Polygon dan diselesaikan di Ethereum.
- Pengguna membayar kos transaksi, dan kos asas (base fee) akan terkunci di dalam kontrak pembakaran di Polygon.
- Bayaran keutamaan (priority fee) dibayar kepada pengesah (validator).
- Apabila MATIC terkumpul di kontrak pembakaran, pengguna boleh mulakan proses itu dari Polygon.
Untuk pengetahuan, jumlah maksimum aset ini adalah sebanyak 10 bilion MATIC. Ini bermakna pembakaran koin secara tahunan mewakili 0.27% daripada jumlah keseluruhan MATIC.
Projek Polygon (MATIC)
Pada minggu lalu, penyedia perkhidmatan kewangan Stripe mengumumkan integrasi dengan Polygon, yang mana membolehkan penggunanya membuat pembayaran awal menggunakan stablecoin, USDC.
Polygon juga ada mendedahkan kehadiran infrastruktur blockchain berskala, Supernets yang menyasarkan penerimaan luas Polygon dan Web 3.0.
Difahamkan projek tersebut menelah perbelanjaan sebanyak $100 juta dan dana tersebut akan digunakan untuk perlombongan liquidity, penubuhan dan kajian kontrak, serta pemberian geran.
Sementara itu pada Februari, Polygon berjaya mengumpul sebanyak $450 juta menerusi penjualan peribadi MATIC yang diketuai oleh Sequoia Capital India, disertai beberapa pelabur lain termasuk: SoftBank Vision Fund 2, Galaxy Digital, Galaxy Interactive, Tiger Global, dan Republic Capital.
Ketika penulisan, MATIC didagangkan pada $1.35 dengan lonjakan hampir 2% dalam 24 jam.