Jabatan Statistik Kanada melaporkan bahawa kadar inflasi tahunan meningkat kepada 5.7% pada bulan Februari. Ini merupakan paras tertinggi sejak Ogos 1991 dan merupakan peningkatan melebihi 5% dua bulan berturut-turut.
Perkara yang memacu kenaikan pada bulan Februari ialah lonjakan harga petrol yang lebih tinggi iaitu peningkatan sebanyak 32.3% berbanding Februari 2021 dan 6.9% daripada bulan sebelumnya, Menurut Jabatan Statistik Kanada jika tidak termasuk harga petrol dalam pengiraan, kadar inflasi utama adalah 4.7% pada bulan Februari.
Harga kedai runcit meningkat 7.4 % untuk kenaikan tahunan terbesar sejak Mei 2009,ditambah pula dengan kos bahan api yang disalurkan kepada pengguna. Dalam masa yang sama kos perlindungan, termasuk harga untuk rumah dan unit sewa, meningkat pada kadar terpantas sejak Ogos 1983.
Matawang Kanada mengalami sedikit penyusutan berbanding US dolar dengan USD/CAD didagangkan susut 0.43% kepada paras dagangan 1.2708.