Perhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD di awal minggu ini.
Selepas pergerakan bearish yang jelas harga sejak penghujung minggu lalu, kemudiannya terdapat corak kenaikan awal harga sehingga ke sesi Asia pada Selasa semalam membuatkan pelabur tertanya-tanya adakah ini petanda untuk trend berubah arah?
Jangkaan meleset setelah kenaikan harga terbantut di paras rintangan 0.72300 sebelum harga mula paparkan penurunan semula pada sesi Eropah bersambung ke sesi New York semalam.
Kenaikan harga juga dilihat terhalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi petunjuk bahawa harga masih bergerak dalam trend bearish.
Penurunan harga semalam menuju ke paras sasaran di zon support 0.71000 namun belum lagi mencecah zon tersebut harga telah membuat kenaikan semula pada pembukaan sesi Asia awal pagi ini (Rabu).
Kenaikan harga sehingga ke awal sesi Eropah petang ini dilihat menguji paras rintangan 0.71800 dan turut menguji sekali lagi halangan MA50.
Dengan pengukuhan berterusan US dolar, berkemungkinan besar majoriti pemain pasaran masih menjangkakan harga untuk menyambung penurunan lebih rendah.
Zon tumpuan pada support 0.71000 bakal menjadi tumpuan untuk diuji harga bagi penurunan yang diteruskan.
Sekiranya zon support tersebut berjaya ditembusi, sasaran seterusnya akan beralih kepada zon sekitar 0.7000 yang sebelum ini menjadi tumpuan yang juga menjadi support pada dagangan Disember 2021 dan juga Januari lalu.
Namun trend harga mula berubah, kenaikan harga bakal menguji sekali lagi rintangan tumpuan semalam iaitu pada 0.72300.
Kenaikan lebih tinggi bakal menuju sehingga ke zon 0.73600 atau seterusnya pada tumpuan 0.74400 untuk trend bullish yang lebih jelas.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG