Bitcoin Academy airdrop BTC bernilai $1,000 kepada semua peserta yang memilih untuk menerima geran kerana program pendidikan Bitcoin (BTC) yang dibiayai secara peribadi oleh Jack Dorsey dan Jay Z telah sampai ke penghujungnya.
Bitcoin Academy airdrop sejumlah Bitcoin ($1,000) kepada para peserta yang berjaya melengkapkan program intensif anjuran Jack dorsey dan Jay Z.
Walaupun tidak jelas bilangan individu yang menerima airdrop, e-mel daripada ibu Jay Z mendedahkan bahawa program tersebut telah dihadiri oleh 350 penduduk Marcy*.
*Marcy merupakan projek perumahan kos rendah
Secara konteks, Bitcoin Academy merupakan program pendidikan BTC secara bersemuka (face to face) serta memberi manfaat kepada penduduk Marcy Houses, New York iaitu tempat Jay Z dibesarkan.
Diterangkan juga, penganjur bersikap telus terhadap peserta dengan memberikan pelbagai faedah seperti peranti MiFi, pelan data setahun, telefon pintar, penjagaan kesihatan kepada kanak-kanak secara percuma serta kejutan hadiah BTC pada saat akhir.
Selain itu, antara tajuk yang diajarkan dalam program tersebut adalah “Wealth Building and Assets”, “Why Decentralization Matters”, “Staying Safe From Scammers”, “Bitcoin & Taxes”, “Careers in Crypto” dan lain-lain.
Malah, semua kursus direkodkan dan disimpan dalam talian untuk rujukan penduduk Marcy.
Ulas Jay Z dan Dorsey, rata penduduk bukan sahaja memahami konsep mining BTC, bahkan mereka melihat ia sebagai pelaburan jangka panjang.
Ditegaskan, Bitcoin Academy sama sekali tidak akan paksa pelajar akademi tersebut untuk membeli atau berdagang BTC, tetapi hanya mendidik mengenainya semata-mata.