Ekonomi UK akhirnya kembali ke tahap pra-pandemik dengan mencatatkan pertumbuhan yang lebih kuat daripada dijangkakan pada bulan November.
Berdasarkan data terbaru yang dikeluarkan Pejabat Statistik Negara (ONS), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK melonjak kepada 0.9% pada bulan lalu daripada 0.2% sebelumnya, dan jauh lebih baik dari jangkaan untuk pertumbuhan sebanyak 0.4%.
Angka ini juga menunjukkan ekonomi negara itu berada 0.7% lebih tingggi di atas tahap pra-pandemik pada Februari 2020, iaitu ketika pandemik Covid-19 mula melanda.
Pertumbuhan ini telah dipacu oleh peningkatan lebih kukuh dalam sektor pembinaan dan pembuatan.
Walaupun begitu, pertumbuhan KDNK dijangka terjejas pada bulan Disember dan Januari berikutan kebangkitan semula kes Covid-19 yang disebabkan varian Omicron yang melanda Eropah.
Namun, menurut kenyataan daripada pegawai kesihatan UK, gelombang jangkitan Omicron telah memuncak di UK dan penganalisis mengatakan kesan ke atas ekonomi mungkin hanya sementara, membenarkan Bank Pusat England (BOE) untuk terus menaikkan kadar faedah.
Susulan daripada tersebut, reaksi awal dagangan pound dilihat tidak berubah, menyaksikan mata wang itu kekal didagangkan kukuh pada sekitar paras harga 1.3700 berbanding US dolar.