Setelah sabar menanti, pelabur Pound akhirnya berpuas hati menyaksikan lonjakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam selepas berjaya tembusi tembok kebal yang menghalang kenaikan harga sejak minggu lalu.
Ekoran ketidakstabilan pada mata wang US dolar yang masih dipengaruhi oleh ketidaktentuan sentimen perang, Pound berjaya manfaatkan peluang untuk mengukuh yang disokong oleh kenaikan kadar faedah oleh bank pusat England (BOE) minggu lalu.
Selepas beberapa hari menguji zon rintangan pada 1.32000 sehingga bersambung pada Isnin di pembukaan dagangan minggu ini, harga akhirnya berjaya melonjak tembusi zon tersebut dengan kenaikan harian dicatatkan semalam sekitar 150 pips!
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-matawang-eropah-atasi-usd-2332022
Pergerakan harga lebih jelas untuk meneruskan trend bullish yang turut disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam selepas harga berada di atas paras tersebut sejak minggu lalu.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu), harga meneruskan kenaikan ke paras sekitar 1.33000 untuk menguji pula zon SBR (support become resistance) tersebut.
Jika Pound berjaya kekalkan dominasi ke atas kelemahan US dolar buat masa ini, pelabur bakal menyaksikan kenaikan lebih tinggi diteruskan melepasi paras 1.3300 seterusnya menuju pula ke paras sekitar 1.34000.
Sebaliknya, jika situasi berubah dan US dolar berjaya mendapatkan rentak pengukuhan kembali, waspada untuk kejatuhan harga semula.
Penurunan awal dilihat akan kembali ke zon 1.32000 semula yang menjadi rintangan harga sebelum ini, membentuk zon RBS (resistance become support) yang baru.
Namun jika penurunan lebih rendah diteruskan, paras sokongan sekitar 1.31000 bakal diuji sebelum harga menuju semula ke zon support utama pada 1.30000.
Tumpuan akan terarah kepada laporan data sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK dan Amerika Syarikat pada Khamis yang bakal mempengaruhi pergerakan Pound dan US dolar di penghujung minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG