‘Sudah bersediakah kita?’
Institusi Kewangan Antarabangsa (IIF) tidak menolak kemungkinan krisis ekonomi 2009 atau Great Recession boleh berlaku semula pada tahun depan.
Asas tersebut dicapai berdasarkan situasi ‘perang berterusan’ di Ukraine yang memberi gambaran buruk tentang prsopek ekonomi global pada 2023.
Menurut nota pakar ekonomi Robin Brooks dan Jonathan Fortun, pertumbuhan global dijangka melemah sebanyak 1.2% pada 2023 iaitu unjuran terendah seperti ketika tahun 2009.
Ulas mereka bahawa tahap pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (GDP) global bergantung kepada trajektori perang di Ukraine dengan unjuran mengatakan krisis tersebut akan berlarutan sehingga 2024 ekoran ‘kewujudan’ Putin.
Rentetan itu, IIF tidak menolak kemungkinan penguncupan ekonomi di zon Eropah sebanyak 2% akibat tempias kesan perang tersebut.
Dalam pada itu, IIF juga menjangkakan GDP Amerika Syarikat (AS) akan menumbuh 1% sementara Amerika Latin diramalkan mencanak 1.2% ekoran pengeksport komoditi meraih faedah dari harga makanan dan tenaga yag tinggi.
Turut digariskan oleh IIF adalah China, di mana andai sekatan Covid-19 diteruskan maka ia boleh menambah situasi buruk dan jika sebaliknya boleh memacu pertumbuhan.