Arab Saudi telah berkongsi maklumat risikan tentang kemungkinan Iran akan menyerang Amerika Syarikat.
Perkara tersebut di dilaporkan Wall Street Journal yang mengatakan tentera AS, Arab Saudi dan beberapa negara jiran lain telah meningkatkan kewaspadaan yang tinggi.
Bimbang dengan ancaman tersebut, Majlis Keselamatan Negara AS mengatakan ia bersedia untuk bertindak balas jika Iran melakukan serangan.
“Kami tidak akan teragak-agak untuk bertindak dalam mempertahankan kepentingan dan sekutu kami di rantau ini”, menurut jurucakap jabatan itu.
Ia juga akan terus berhubung melalui saluran ketenteraan dan risikan dengan Arab Saudi susulan amaran tersebut.
Sementara itu dalam laporan berasingan, seorang pegawai yang mengesahkan perkongsian itu mengatakan tiada amaran dikeluarkan oleh kedutaan atau konsulat AS kepada rakyatnya di Arab Saudi atau tempat lain di Timur Tengah.
Arab Saudi juga tidak segera memberi maklum balas atas laporan tersebut.
Terdahulu, Amerika Syarikat telah mendakwa Iran membekalkan Rusia dengan dron untuk digunakan dalam perangnya dengan Ukraine, menyebabkan usaha untuk memulihkan semula perjanjian nuklear Iran menemui jalan buntu.