‘Cukup hari bulan, teknologi yang ganti manusia terus dari dunia pekerjaan.’
Pengenalan kemudahan pembayaran tanpa juruwang (cashier-less checkout) Amazon.com Inc bakal diperluaskan dan dipertingkatkan dengan naib Presiden, Dilip Kumar berpindah ke bahagian Amazon Web Services (AWS).
Lebih kurang 2 tahun lalu Amazon telah merevolusikan cara pembayaran di premisnya dengan pengenalan Amazon Dash Cart, troli pintar yang mengesan barang secara automatik dengan sensor, kamera dan algoritma penglihatan komputer.
Ia membenarkan pengguna meletak barang dalam bakul troli dan pengesan akan menolak terus nilai daripada akaun Amazon pelanggannya, mematikan fungsi juruwang di pasar raya tradisional.
Sejak pengenalannya, Amazon telah menjual sistem produk troli pintar itu di pasar raya besar dalam lapangan terbang, stadium profesional milik universiti dan di pusat konvensyen.
Rentetan itu, Kumar merancang untuk memperbanyakan lagi produk seperti troli pintar dalam industri teknologi dengan AWS memiliki pelbagai jenis pelanggan yang berbeza-beza keperluan.
Umumnya, AWS merupakan unit pengkomputeran awan milik Amazon yang turut sama menjual produk berasaskan teknologi dengan yang terbaru adalah dron untuk perkhidmatan penghantaran barang tanpa kurier.
Jelas Kumar lagi bahawa penjualan teknologi Amazon meningkat 2 hingga 3 kali ganda tahun ini berbanding kedai sebelumnya.
Sungguhpun begitu, penerimaan kemajuan teknologi Amazon menerima reaksi bercampur dalam kalangan pengguna dengan ada yang secara terbuka mengkritiknya akan mematikan fungsi manusia dalam dunia pekerjaan.