Emas kembali mendapat sokongan daripada kemerosotan hasil perbendaharaan AS dan pergerakan US dolar yang lemah, mendorongnya meningkat semula ke sekitar paras ketinggian satu bulan.
Ketika penulisan, logam kuning itu didagangkan sedikit berubah pada $1,785 per auns pada sesi Asia, manakala niaga hadapan emas pula lebih tinggi pada $1,801 per auns.
Raja mata wang US dolar nampaknya gagal melanjutkan pengukuhan daripada bacaan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang lebih kuat pada bulan Julai.
Sebaliknya, ia didagangkan mendatar pada awal minggu yang menyebabkan dagangan emas turut mendapat manfaat untuk meningkat.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-emas-lonjak-semula-98?utm_source=clipboard&utm_medium=text&utm_campaign=social_sharing
Ini turut disokong oleh penyusutan dalam hasil bon AS 10 tahun yang sebelum ini melonjak tinggi selepas menyaksikan bacaan NFP yang memberangsangkan.
Pelabur kini memberi tumpuan kepada penerbitan data indeks harga pengguna AS yang dijangkakan mencatat penurunan pada bulan lepas, di mana ia boleh memacu pergerakan US dolar dan emas selanjutnya.
Di sisi lain, silver atau perak turut mendapat permintaan pelabur yang menyaksikannya melonjak ke paras tertinggi 5 minggu pada sesi New York, didagangkan pada $20.60 per auns.