Masih belum mengalah, emas kekal pamerkan peningkatan nilainya menuju ke dagangan penghujung minggu ini.
Menepati jangkaan penganalisis, carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah memperlihatkan harga meningkat melepasi paras sasaran 1830.00.
Sejak awal minggu, harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat pergerakan trend bullish buat emas.
Pada dagangan Rabu semalam, harga mengekalkan corak kenaikan dan berjaya melepasi paras 1830.00 pada sesi New York.
Meneruskan kenaikan ke paras ketinggian sekitar 1835.00, harga mula mendatar di sekitar tersebut sehingga dagangan bersambung ke sesi Eropah hari ini (Khamis).
Dengan corak positif kenaikan harga yang ditampilkan, pelabur meletakkan harapan untuk melihat harga emas menutup dagangan minggu ini di paras lebih tinggi.
Jangkaan kenaikan harga emas bakal menuju zon rintangan pada 1850.00 yang diuji pada dagangan penghujung Januari lalu sebelum membuat terjunan harga selepasnya.
Namun begitu, pelabur tetap berwaspada untuk sebarang kemungkinan yang boleh berlaku dalam pasaran dengan tumpuan akan terarah pada terbitan data inflasi AS pada sesi New York sebentar lagi.
Jika harga emas kembali menjunam semula di bawah paras sokongan MA50 dan juga paras 1830.00, pelabur bakal bersedia untuk perubahan trend bearish buat emas.
Penurunan awal bakal menguji zon RBS (resistance become support) sekitar 1812.00 sebelum menuju paras penting pada 1800.00.
Penurunan yang masih diteruskan lebih rendah bakal kembali semula ke zon support 1780.00 yang dicecah harga pada penghujung Januari.
Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG