Harga emas nampaknya melonjak lagi semalam, namun masih belum mengatasi ketinggian yang dicapai pada minggu lalu.
Ini menjadi petunjuk pasaran bahawa sentimen pasaran kembali berisiko ekoran tarikan terhadap aset safe-haven emas kembali meningkat semula.
Memantau perkembangan krisis Rusia-Ukraine, serangan Rusia di Ukraine terus meningkat walaupun kedua-dua negara dilaporkan sedang berada dalam fasa rundingan.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang mendatar sejak awal minggu di sekitar paras 1900.00 akhirnya menunjukkan kenaikan kembali semalam sehingga ke penghujung sesi New York mencapai paras 1950.00.
Paras tersebut telah dijangkakan penganalisis sebagai rintangan awal untuk kenaikan harga emas sebelum parasasaran yang akan menjadi tumpuan berikutnya adalah pada zon 1974.00 untuk kenaikan yang bakal diteruskan.
Pelabur juga optimis untuk pergerakan harga emas pada trend bullish selepas isyarat harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.
Walau apa pun, pelabur tetap berjaga-jaga dengan kejutan yang boleh berlaku seperti terjunan drastik harga minggu lalu selepas lonjakan yang dilakukan.
Berkemungkinan paras tertinggi terbaru yang diharapkan gagal dicapai, sebaliknya harga mula merosot susut lebih rendah.
Untuk mengesan corak penurunan awal, harga bakal bergerak semula di bawah paras MA50 dan kembali menguji paras 1900.00.
Penurunan lebih rendah yang diteruskan akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1870.00 untuk diuji sebelum harga memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG