Kembali memberi sinar baru terhadap pelabur apabila dagangan emas meningkat hari ini (Selasa) lebih tinggi setelah melepasi paras penting $1,800.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD, harga bergerak mendatar sejak Jumaat lalu bersambung pada pembukaan pasaran minggu ini dengan paras 1800.00 menjadi benteng menghalang harga untuk ke paras lebih tinggi.
Kenaikan awal harga pada sesi Eropah semalam menguji paras 1800.00 sebelum susut semula. Namun, harga disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat awal untuk memulakan kenaikan seterusnya.
Kenaikan dilihat berlaku semula menuju penghujung sesi New York dan menyambung dagangan sesi Asia pagi ini harga meneruskan kenaikan di atas paras 1800.00 sehingga ke paras sekitar 1810.00 setakat jam 4.30 petang waktu Malaysia.
Kenaikan dijangka akan diteruskan untuk menuju zon 1815.00 sebelum ke paras rintangan utama pada 1830.00.
Paras rintangan tersebut masih belum berjaya ditembusi selepas tempoh dagangan 7 minggu.
Sementara untuk jangkaan penurunan semula harga emas, paras 1800.00 dilihat akan menjadi paras sokongan terbaru harga.
Sebaliknya jika harga susut lebih rendah di bawah paras 1800.00 dan melepasi sokongan MA50, trend bearish pada carta XAU/USD dijangka bakal bermula.
Penurunan awal akan menguji zon support pada 1785.00 sebelum penurunan yang diteruskan bakal menuju zon penting 1760.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG