Pelabur emas mula berkerut dahi semula menyaksikan nilai logam kuning berharga itu kembali pamer penyusutan semula selepas berjaya capai paras tertinggi 8 bulan.
Sebelum ini, harga emas telah melonjak ekoran tarikan pelabur terhadap aset selamat berikutan kebimbangan terhadap krisis antara Rusia dan Ukraine yang semakin tegang.
Namun, perkembangan terbaru melihatkan ketegangan semakin reda apabila tentera-tentera mula diarahkan untuk berundur dari sempadan.
Justeru, perkembangan positif tersebut kembali menghilangkan tarikan terhadap dagangan emas dan penyusutan nilai mula berlaku.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam, harga telah mula menunjukkan penurunan pada sesi Eropah sehingga bersambung ke sesi New York selepas mencapai paras tertinggi terbaru sekitar 1879.00.
Penurunan harga kembali menguji zon SBR (support become resistance) 1850.00 dan kemudiannya harga mula mendatar di zon tersebut sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pada Rabu.
Walaupun pasaran berwaspada untuk kemungkinan ketegangan antara Rusia dan Ukraine boleh meningkat semula, harga emas sudah memberi isyarat untuk trend bearish di mana harga telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Jika penurunan lebih rendah berlaku, paras tumpuan sebelum ini sekitar 1822.00 dan 1815.00 dilihat antara yang menjadi sasaran buat harga.
Seterusnya, zon penting 1800.00 pula bakal diuji dan pasti memberikan reaksi menarik oleh emas di kawasan harga tersebut.
Sementara untuk jangkaan kenaikan harga pula, paras ketinggian harga dicapai semalam sekali lagi bakal diuji untuk menyambung trend bullish emas sebelum ini.
Sasaran terbaru adalah untuk menuju paras 1900.00 bagi mencatatkan paras tertinggi terbaru buat emas untuk tempoh dagangan 8 bulan.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG