Perkembangan krisis geopolitik makin tegang, laporan menunjukkan beberapa kawasan di Ukraine telah mula menerima serangan dari Rusia sejak pagi tadi.
Kesan ketara dapat diperhatikan di seluruh pasaran kewangan dunia termasuk mata wang, saham dan komoditi.
Emas antara yang mencuri tumpuan dengan lonjakan ketara nilainya sehingga setakat sesi Eropah petang ini (Khamis) ekoran pelabur yang beralih ke arah pelabur selamat dalam suasana pasaran yang berisiko.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, telah menyaksikan harga melonjak sehingga hampir menyentuh paras 1950.00 hari ini!
Ini adalah paras tertinggi dicatatkan emas untuk tempoh dagangan 13 bulan.
Sebelum ini harga berlegar di sekitar paras 1900.00 sementara menantikan perkembangan lanjut tentang krisis Rusia dan Ukraine yang bermain tarik tali.
Namun, peperangan tidak boleh dielakkan lagi dan Rusia memutuskan untuk melancarkan operasi ketenteraan berskala mega dan dilihat sedang memasuki daerah-daerah Ukraine dari setiap penjuru selain turut melancarkan serangan udara.
Jika situasi perang berterusan, pelabur optimis tiada halangan untuk harga emas mencatatkan kenaikan ke paras lebih tinggi sehingga bersambung pada sesi-sesi berikutnya.
Kenaikan harga yang berjaya melepasi paras rintangan pada 1950.00 bakal mensasarkan pula kepada paras 2000.00.
Namun, rintangan 1950.00 yang sebelum ini diuji pada dagangan November 2020 dan Januari 2021 lalu perlu ditembusi dahulu untuk kenaikan selanjutnya.
Penurunan harga agak sukar untuk berlaku, namun harga boleh menjunam semula jika situasi kembali berubah.
Penurunan dilihat akan kembali ke paras 1900.00 untuk memberi reaksi bagi isyarat pergerakan selanjutnya harga emas kepada pelabur.
Dan penurunan lebih rendah akan kembali semula ke zon tumpuan sebelum ini seperti di paras 1850.00 dan 1830.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG