Emas melonjak tinggi menghampiri paras ketinggian dua bulan di tengah-tengah kebimbangan terhadap inflasi global yang semakin meningkat dan ketegangan geopolitik di Timur Tengah.
Ketika penulisan, logam berharga itu diniagakan kukuh pada $1,840 per auns selepas mencatat peningkatan lebih $30 pada hari Rabu.
Pada minggu ini, pelabur diperlihatkan dengan bacaan data inflasi daripada UK dan Kanada yang kedua-duanya menunjukkan peningkatan ke paras tertinggi 30 tahun.
Kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi, menyebabkan pelabur beralih kepada emas sebagai lindung nilai inflasi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-70?utm_source=clipboard&utm_campaign=wtshare&utm_medium=widget&utm_content=https%253A%252F%252Fsoundcloud.com%252Fintradaydotmy%252Frecording-70
Selain itu, penyusutan US dolar dan hasil bon AS juga mendorong emas untuk mengaut keuntungan. Walaupun susut, tetapi hasil bon masih lagi berada di tahap tertinggi dua tahun menghalang emas daripada meningkat lebih tinggi.
Walaupun begitu, hasil bon AS yang tinggi masih menjadi penghalang untuk logam kuning itu mengaut keuntungan lebih besar.
Dalam pada itu, ketegangan geopolitik yang semakin meningkat antara Ukraine dan Rusia turut menarik minat belian untuk emas sebagai aset safe-haven.
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menjangkakan bahawa Rusia akan menyerang Ukraine dan memberi amaran bahawa mereka akan bertindak balas sekiranya serangan tersebut berlaku.