Pergerakan trend bearish lebih jelas dipaparkan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD pada penutup dagangan minggu lalu sehingga bersambung di awal minggu ini.
Jika diteliti pergerakan pada minggu lalu, harga pada mulanya berjaya pamerkan peningkatan awal ke zon sekitar 0.74500 di pertengahan minggu.
Namun, selepas mendatar di paras ketinggian tersebut, faktor pengukuhan semula US dolar telah mencetus kejatuhan parah harga sehingga mencatatkan paras terendah terbaru 5 minggu di sekitar atas zon 0.72300.
Ini adalah disebabkan reaksi susulan pasaran terhadap petunjuk oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang mengesahkan kenaikan kadar faedah sehingga 50 mata asas pada bulan hadapan.
Seperti kebanyakan mata wang utama yang lain, dolar Aussie tidak terkecuali menerima tempias pengukuhan raja mata wang tersebut.
Sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini untuk pembukaan dagangan minggu ini, penurunan harga untuk 3 hari berturut-turut sejak Khamis lalu telah mencatatkan 300 pips penurunan mencecah paras sekitar 0.71700.
Zon 0.71700-0.71800 itu sebelum ini pernah menjadi zon sokongan bagi harga pada dagangan Mac lalu yang berjaya menyaksikan lonjakan lebih tinggi pada pergerakan selanjutnya.
Namun dengan momentum penurunan ketara yang dipaparkan harga berkemungkinan boleh menembusi zon tersebut ke paras lebih rendah lagi pada minggu ini.
Penurunan seterusnya harga dilihat akan menuju zon tumpuan pada 0.71000 yang turut menjadi zon penting pada dagangan Februari lalu.
Kenaikan harga agak sukar untuk dijangkakan, namun jika berlaku harga dilihat akan kembali semula ke zon rintangan minggu lalu pada 0.74500.
Kenaikan perlu melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat awal perubahan trend bullish semula.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG