Logam berharga emas didagangkan sedikit berubah pada hari Khamis ketika pelabur berwaspada menantikan terbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.
Ketika penulisan, spot emas didagangkan meningkat pada $1,767 per auns, tidak jauh daripada paras tertinggi empat minggu yang dicapainya pada Selasa.
Sementara niaga hadapan emas pula lebih tinggi pada sekitar harga $1,783 per auns.
Komoditi kuning itu pada mulanya sedikit terkesan dengan bacaan data perkhidmatan AS yang menunjukkan pertumbuhan yang lebih kukuh pada Julai, namun kembali didagangkan positif pada sesi dagangan Asia.
Pelabur kini memberi tumpuan kepada penerbitan laporan pekerjaan NFP pada Jumaat yang akan menentukan tahap kesihatan dalam pasaran buruh.
Sementara itu, kebimbangan pelabur terhadap ketegangan AS-China dilihat mula mereda selepas Speaker Dewan Rakyat Nancy Pelosi selamat meninggalkan Taiwan tanpa sebarang insiden berlaku.
China bagaimanapun masih meningkatkan ancamannya dengan merancang untuk menjalankan latihan ketenteraan berskala besar di sekitar Taiwan.