Syarikat gergasi teknologi Apple bakal mengeluarkan garis panduan jelas berkaitan kemasukan atau pembelian non-fungible token (NFT) dan kandungan lain pada aplikasi dagangan kripto.
Walaupun pengguna dibenarkan membuat pembelian NFT dalam aplikasi, Apple mengehadkan NFT yang boleh diperoleh.
Diperjelaskan juga bahawa Apple akan menghalang aplikasi daripada membuka sebarang fungsinya melalui mekanisme seperti kod QR, mata wang kripto dan wallet kripto.
Syarikat tersebut turut membuat rangka kerja dengan mengenakan cukai ke atas jualan NFT serta menyepadukan pembelian NFT dalam aplikasi menggunakan kadar komisen standard 30% pada setiap pembelian.
Rentetan itu, Apple menerima kritikan hebat susulan komisen 30% yang akan dikenakan jika berkeinginan menjalankan penjualan NFT di platform terkenal seperti Opensea atau Magic Eden.
Cukai berikut juga dikatakan sangat mahal dengan purata komisen untuk pembelian NFT adalah sebanyak 2.5%.
Disebabkan rintangan itu, Magic Eden telah mengurangkan fungsinya dan mengalih keluar perkhidmatan daripada App Store, tetapi pengguna hanya dibenarkan melihat NFT milik sendiri.
Manakala aplikasi exchanger kripto seperti Coinbase dan Binance telah mengenakan cukai Apple sebanyak 30% demi memudahkan transaksi atau penghantaran mata wang kripto pada exchanger yang diluluskan.
Namun begitu, manfaat tersebut hanya boleh dibekalkan kepada aplikasi di sesuatu negara atau wilayah yang mempunyai pelesenan serta kebenaran menyediakan exchanger kripto.