Sentimen pasaran yang kembali pulih juga turut akan memulihkan tekanan yang dihadapi oleh mata wang utama yang lain dalam pasaran sebelum ini dengan US dolar mula bergerak lemah kembali.
Walaupun masih dalam keadaan berjaga-jaga, namun pelabur memberi reaksi positif dengan perkembangan krisis Rusia dan Ukraine yang telah mula mengarahkan untuk tentera berundur dari sempadan.
Justeru mata wang komoditi dan berpulangan tinggi seperti dolar Australia dilihat telah bersedia untuk meningkat lebih tinggi dengaan tekanan US dolar sebelum ini yang memudar.
Seperti yang diperhatikan pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga berjaya bertahan daripada susut lebih rendah di bawah paras 0.71000 setelah penurunan yang berlaku di awal minggu.
Penurunan harga yang dilihat dipamerkan pada Selasa semalam juga turut menyaksikan paras 0.71000 menjadi sokongan untuk harga pantul membuat kenaikan semula.
Sehingga bersambung pada dagangan Rabu, harga memberi isyarat awal untuk trend bullish setelah berjaya melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) semula pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Kenaikan terus bersambung pada sesi Eropah petang ini menuju zon rintangan pada 0.71800.
Jangkaan untuk kenaikan harga seterusnya adalah pada 0.72300 atau lebih tinggi lagi ke paras sekitar 0.72800 bagi mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu.
Namun jika US dolar kembali mengukuh dan memberi tekanan terhadap dolar Aussie, zon sokongan harga pada 0.71000 akan kembali diuji sekali lagi.
Penurunan lebih rendah berkemungkinan boleh mencecah sehingga ke paras 0.7000 atau support 0.69700 untuk trend bearish harga.
Bagi mata wang dolar AUD, pasaran akan memberi tumpuan terhadap laporan data pekerjaan Australia yang akan diterbitkan pada sesi Asia hari esok (Khamis).
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG