Dolar Australia kekal menyambung penyusutan nilainya bersambung pada dagangan awal minggu ini susulan sentimen pasaran yang dilihat masih berisiko.
Tumpuan pada sesi Asia pagi ini (Selasa) terarah kepada minit mesyuarat bank pusat Australia yang diberi tumpuan oleh pelabur.
Selepas Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat polisi yang terbaru, perhatian diberikan kepada kenyataan oleh Gabenor Philip Lowe yang dilihat bernada hawkish dengan isyarat untuk kenaikan kadar faedah akan berlaku pada tahun ini.
Pun begitu, dolar Aussie tidak memberi respon positif susulan laporan minit diterbitkan, malah terus bergerak lemah sehingga ke penghujung sesi Asia.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga telah membuat penurunan melepasi paras 0.72000 pada sesi New York semalam dengan penurunan harian sekitar 100 pips dicatatkan.
Dagangan pada sesi Asia pagi ini pula melihatkan harga menyambung penurunan dan menguji paras sokongan sekitar 0.71800.
Tekanan bakal diterima dolar Aussie dengan jangkaan untuk US dolar bakal mengukuh menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti, berkemungkinan kadar faedah bakal dinaikkan oleh Federal Reserve (Fed).
Oleh itu, penganalisis berpandangan penurunan harga bakal diteruskan sehingga kembali mencecah semula zon support pada 0.71000 yang telah dicecah harga sebelum ini pada 24 Februari lalu.
Penurunan ke paras tersebut juga akan mencatatkan paras terendah terbaru untuk tempoh dagangan 3 minggu.
Namun jika kenaikan harga berlaku, rintangan awal yang dilihat akan diuji harga adalah pada paras 0.72300.
Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga akan diuji untuk memberikan isyarat lebih jelas pergerakan harga selanjutnya.
Kenaikan lebih tinggi melepasi halangan tersebut akan kembali mensasarkan sehingga paras ketinggian 0.74400 semula yang dicapai pada awal minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG