Pergerakan mendatar harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD dilihat kekal sepanjang minggu ini dengan paras rintangan adalah pada 0.75400 yang menghalang harga ke paras lebih tinggi.
Corak mendatar di bawah paras rintangan tersebut sebenarnya bersambung pada dagangan penghujung minggu lalu lagi selepas kenaikan harga di awal minggu yang melepasi zon 0.74400.
Kedua-dua mata wang US dolar dan dolar Australia yang sensitif terhadap sentimen pasaran itu gagal menyambung pergerakan trend bullish sebelum ini dengan suasana pasaran yang masih berjaga-jaga terhadap perkembangan konflik Rusia-Ukraine.
Selain itu juga, pelabur sedang menantikan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat esok hari yang dijangka akan memberi impak terhadap pergerakan US dolar.
Dagangan pada hari ini (Khamis), memperlihatkan harga pada carta AUD/USD susut semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang dinilai sebagai isyarat awal untuk perubahan trend bearish.
Untuk penurunan harga, paras 0.74400 pada zon RBS (resistance become support) bakal diuji dan berpotensi untuk menjadi paras sokongan buat harga.
Namun jika harga susut lebih rendah, penurunan harga dijangka akan menuju pula ke paras sekitar 0.73600.
Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan dan keluar dari zon mendatar minggu ini, pelabur akan lebih optimis untuk menjangka harga untuk menyambung trend bullish sebelumnya.
Kenaikan harga yang melepasi rintangan pada zon 0.75500 bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 8 minggu berkemungkinan mensasarkan ke paras ketinggian sekitar 0.76500.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG