Bank pusat Singapura bakal bertindak membentuk pengawalseliaan baharu berkaitan perdagangan mata wang kripto dan stablecoin agar mampu mengurangkan risiko ketidakstabilan kepada pengguna.
Perkara yang terkandung dalam rangka kerja tersebut adalah enggan membenarkan pemain pasaran kripto meminjamkan kripto yang dimiliki oleh pelanggan runcit dan memastikan aset pelanggan diasingkan daripada aset tersendiri.
Malah, perniagaan perdagangan kripto tidak akan sesekali dibenarkan membuat penawaran insentif bagi menarik pelanggan runcit, menerima pembayaran kad kredit atau menyediakan pembiayaan kepada pelanggan runcit.
Menurut Monetary Authority of Singapore (MAS), mereka telah menyekat pengiklanan perkhidmatan kripto di tempat awam agar rakyat tidak terpengaruh untuk membuat perdagangan spekulatif dalam aset digital itu.
Namun begitu, penyekatan tersebut berkemungkinan tidak akan terjadi susulan kripto memainkan peranan yang sangat penting dalam ekosistem aset digital, tambah MAS.
Oleh demikian, tindakan itu seharusnya dapat mengurangkan risiko seperti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, teknologi serta risiko siber.
Sementara itu, stablecoin yang ditambat pada mata wang tunggal (SCS) dengan melebihi $3.53 juta harus memegang aset rizab secara tunai.
Rentetan itu, setiap SCS yang dikeluarkan di Singapura boleh ditambat hanya kepada dolar Singapura atau ekonomi terbesar Group of 10 (G10).