Pelabur tampak mengetepikan kebimbangan Covid-19 di China dengan harapan minit mesyuarat FOMC boleh meredakan kebimbangan pasaran yang seterusnya membantu ekuiti mencanak semula.
Difahamkan bahawa situasi di China semakin menggusarkan apabila pihak berkuasa terpaksa menutup taman dan museum tatkala Shanghai mengehadkan kemasukan ke bandarnya selepas berlaku peningkatan kes yang mendadak.
Sungguhpun begitu, pelabur yang mempertaruhkan Federal Reserve (Fed) akan kurang agresif dengan kenaikan kadar faedah pada bulan depan telah menjadi pendorong utama lonjakan semula pada aset berisiko.
Ulas pengurus portfolio Plumb Balanced Fund, Tom Plumb, tumpuan pasti terarah kepada minit FOMC yang akan mengesahkan prospek dasar pengetatan sama ada diperlahankan atau kekal hawkish seperti diumumkan Jerome Powell.
Rentetan itu, Dow Jones Industrial naik 1.18% pada 34,098.1 sementara S&P 500 tambah 1.36% pada 4,003.58 dan Nasdaq Composite raih 1.36% pada 11,174.41.
Indeks MSCI global naik 1.18% sementara saham Eropah canak 0.73%.
Di Asia pagi ini pula menyaksikan indeks S&P/ASX 200 Australia naik 0.82%, Kospi Korea Selatan canak 0.56% dan Kosdaq lonjak 1.12%.
Pada sisi berbeza, dolar dilihat berundur semula dari keuntungan yang dicapai semasa awal sesi dagangan New York sehingga pagi ini dengan indeks greenback turun 0.58% sementara Euro naik 0.58% pada $1.03.
Hasil Perbendaharan turut mengalami penyusutan dengan penanda aras nota 10 tahun turun pada 3.7634% sementara nota 30 tahun susut pada 3.8325%.