‘Rembat peluang sebelum jadi mainstream.’
Rangkaian blockchain bakal diserikan dengan penubuhan syarikat permainan pemula (startup) oleh bekas ketua unit permainan TikTok, walaupun gergasi teknologi lain dilihat ralat dengan prospek permainan blockchain.
Difahamkan bekas ketua unit permainan TikTok, Jason Fung sedang menceburi dunia permainan blockchain dengan mengumpul dana bagi menubuhkan startup ‘Meta0’ bersama 6 individu lain.
Ulas Fung, kelebihan permainan blockchain yang menawarkan lebih banyak kendalian kepada pemaju (developer) semasa pilihan infrastruktur telah menawan hatinya untuk menceburi teknologi tersebut.
Sebagai pengetahuan, Fung merupakan individu yang bertanggungjawab mengembangkan unit permainan TikTok milik ByteDance melalui pemerolehan $4 bilion terhadap studio permainan Moonton.
Pelaburan TikTok dan ByteDance sebanyak $300 bilion dalam meneroka dunia permainan, sebahagian usaha bagi bersaing dengan Tencent Holdings, dilihat menunjukkan hasil bercampur-campur setakat ini.
Portfolio permainan syarikat menjana hasil sebanyak $1 bilion dalam tempoh 12 bulan, namun ByteDance juga bertindak membubarkan Studio 101 yang bertanggungjawab membangunkan fungsi permainan pada TikTok kerana bergelut dengan prestasi.
Pihak TikTok mahupun ByteDance tidak memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai perkara tersebut setakat ini.
Dalam pada itu, gergasi teknologi termasuk Tencent, Sony Corp dan Microsoft Corp dilihat masih tidak terkejar-kejar untuk menceburi dunia permainan blockchain.
Hal ini kerana permainan blockchain buat masa ini banyak dikaitkan dengan penipuan dan ekonomi maya bagi beberapa permainan yang dilihat ‘runtuh’ tidak lama selepas pemain membuat pembelian.
Ia secara tidak langsung menandakan gergasi teknologi masih belum yakin untuk bertaruh kerana prospek yang tidak stabil.