Binance berjaya menandatangani Memorendum Persefahaman (MoU) bersama Agensi Pemantauan Kewangan Kazakhstan (FMA) bagi membangunkan industri mata wang kripto di Kazakhstan.
Oleh demikian, wakil yang menghadiri mesyuarat untuk menandatangani MoU menyaksikan personaliti seperti Pengerusi FMA, Zhanat Elimanov, ahli FMA lain serta wakil dari Binance.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Binance Changpeng Zhao (CZ), MoU dapat memastikan kerjasama antara Binance dan pihak berkuasa kewangan Kazakstan sentiasa berada dalam keadaan baik.
Tambahnya lagi kerjasama dan persefahaman bersama ini akan bantu memperkembangkan serta mengekalkan industri mata wang kripto negara.
Diperjelaskan, MoU Kazakhstan dan Binance akan menangani persekitaran tidak kondusif yang semakin berkembang pesat disebabkan ekonomi global melalui bekas negara anggota Soviet.
Malah MoU juga turut menyemak aktiviti mengenai kripto haram agar aset digital tersebut berkembang maju di Kazakhstan, ulas Ketua Sekatan Global di Binance Chagri Poyraz.
Sementara itu Ghambaryan menyatakan penghargaannya kepada pasukan Binance dan FMA Kazakhstan atas pembangunan tersebut serta bekerjasama dalam mempromosikan kripto Kazakh.
Difahamkan sejak akhir-akhir ini Kazakhstan menunjukkan minat besar untuk mengawal selia mata wang kripto dengan membentangkan draf undang-undang pertama mengenai kripto dan mining.
Dalam pada itu, Rusia meminda perjanjian tenaganya dengan Kazakhstan supaya membolehkan Rusia membekalkan elektrik ke Kazakhstan bagi mining kripto.