Pasaran mata wang kripto menyaksikan lantunan mengejut apabila Bitcoin (BTC) dilihat ingin memecahkan korelasi dengan mencanak melepasi paras harga $20,000 dalam tempoh 24 jam lalu walaupun pasaran saham berada dalam keadaan merosot.
Difahamkan, lantunan berlaku disebabkan pelabur dalam pasaran saham membuat penjualan secara besar-besaran dengan menyaksikan indeks S&P 500 jatuh sebanyak 1% manakala Nasdaq 0.5%.
Menurut Coinbase Research, kripto dikaitkan bersama pasaran tradisional beta 2* dan BTC seharusnya menunjukkan prestasi yang konsisten agar dapat melindungi nilai inflasi.
*Ukuran turun naik atau risiko sistematik
Namun begitu, BTC bukan sahaja bergantung pada pasaran saham malah harganya menaik disebabkan spekulasi S&P 500 menurut Kevin Svenson, seorang influencer kripto utama.
Tambahnya lagi, aset digital tersebut tidak akan jatuh dengan cepat sungguhpun ia tidak menaik dengan pantas seperti S&P 500.
Kenaikan harga BTC juga bakal membuat pasaran saham turut meningkat, manakala jika sebaliknya berlaku, pasaran kripto akan mengalami kejatuhan sekali lagi.
Menjadi tumpuan hari ini, ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell akan memainkan peranan besar dalam pergerakan mata wang kripto untuk melantun semula.
Sementara itu, Ethereum (ETH) juga bersedia untuk melepasi paras $1,400 dengan melantun lebih 6% dalam tempoh 24 jam lalu dengan beberapa kripto lain juga meningkat seperti Solana (+5%), Polygon (+5%) dan Terra Classic (+56%).