Walaupun Ketua Penasihat Ekonomi Allianz, Mohamed El-Erian yakin pasaran kripto mampu berdiri kukuh, beliau menjangkakan ibu segala mata wang kripto, Bitcoin (BTC) berkemungkinan tidak akan memecah paras zon harga $100,000 dan menjadi mata wang rizab global.
Malah, El-Erian percaya bahawa harga kripto tidak akan sesekali melepasi paras $100,000 sungguhpun pihak bertanggungjawab melaksanakan peraturan baharu bagi menggalakkan syarikat besar melabur dalam aset digital itu.
Difahamkan juga, BTC pernah memperoleh kejayaannya pada November 2021 dengan mencapai paras tertinggi $70,000 susulan para pelabur berpusu-pusu membuat sejumlah besar pelaburan dalam aset digital tersebut.
Namun begitu, harga kripto membuat penyusutan drastik sejurus selepas pasaran kripto mengalami kejatuhan semasa keadaan makroekonomi tidak memberangsangkan.
Sementara itu, beliau dikatakan pernah menjadi pemegang tegar BTC ekoran membeli aset tersebut semasa harganya pada paras $3,000 dan terus menjualnya selepas ia mendaki 19,000 pada tahun 2020.
Pada sisi berbeza, Michael Saylor dan co-head Global FX Zak Pendl pula meramalkan bahawa BTC akan menggunung hingga ke paras $1 juta kerana beliau berpendapat aset digital tersebut mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Manakala, Pakar Strategi Komoditi Kanan di Bloomberg Intelligence, Mike McGlone menjangkakan BTC mampu menembusi zon $100,000 dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.