Aliran ekuiti utama Amerika Syarikat (AS) mencatat keuntungan buat pertama kali dalam 7 sesi selepas Bank of England (BOE) bertindak melaksanakan program pembelian bon untuk meredakan tekanan pasaran.
Difahamkan BOE melakukan campur tangan (intervenes) dengan membeli bon bertarikh jangka panjang Britain selepas Menteri Kewangan Kwasi Kwarteng laksanakan potongan cukai sehingga tercetus gangguan dalam pasaran.
Pendekatan BOE ini secara tidak langsung mengurangkan tekanan kenaikan kadar faedah serta menambah bekalan dana ke dalam pasaran dan mendorong lebih banyak pinjaman atau pelaburan.
Penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun turun 4% atau 23 mata asas pada 3.733% iaitu penyusutan terbanyak sejak 2020.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/bob-bursa-ekuiti-buat-kejutan-pula-2909?si=b8ad238884e046d78a742656eafe30ac&utm_source=clipboard&utm_medium=text&utm_campaign=social_sharing
Ulas Art Hogan dari B. Riley Wealth, ekoran daripada program tersebut maka hasil Perbendaharaan 2 tahun merosot buat kali pertama dalam beberapa minggu untuk memberi ruang bernafas kepada ekuiti.
Rentetan itu, indeks Dow Jones industrial naik 1.88% pada 29,683.74 sementara S&P 500 raih 1.97% pada 3,719.04 dan Nasdaq Composite lonjak setinggi 2.05% pada 11,051.64.
Ekuiti zon Asia juga mengalami pembukaan positif dengan Nikkei 225 Jepun tambah 1% dengan Topix capai 0.31% dan S&P/ASX 200 Australia naik 1.38%.
Indeks Kospi Korea Selatan raih 1.5%, Kosdaq tambah 2.5% dan tolok meluas MSCI saham Asia Pasifik luar Jepun canak 0.72%.
Menurut Chris Harvey dari Wells Fargo pula momentum positif ekuiti ini mungkin berterusan untuk beberapa hari dengan tindakan BOE tersebut.