Ekonomi UK sedang menuju kemelesetan paling lama sejak Great Depression pada 1930-an, kata Bank of England (BOE) selepas menaikkan kadar faedah kepada rekod baru pada Khamis.
Ini lima perkara yang dicerap daripada ramalan bank pusat tentang masa depan ekonomi.
- UK Alami Kemelesetan 2 Tahun
- BOE beri amaran negara itu akan menghadapi kemerosotan 2 tahun yang sangat mencabar.
- Terdahulu, bank pusat jangka UK akan jatuh ke dalam kemelesetan akhir tahun ini dan ia akan bertahan sepanjang tahun depan.
- Namun, BOE kini mengatakan ekonomi sudah memasuki kemelesetan pada musim panas dan meramalkan ia akan berterusan sehingga tahun depan serta separuh pertama 2024.
- Kadar pengangguran hampir 2 kali ganda
- Ini berlaku apabila sesebuah negara mengalami kemelesetan, syarikat kurangkan pekerja sebab kekurangan wang.
- BOE ramal pengangguran naik mendadak dalam tempoh dua tahun akan datang kepada 6.4%.
- Kadar pengangguran semasa 3.5%, tetapi penganalisis beri amaran situasi itu mula berubah berikutan jumlah kekosongan pekerjaan yang berkurang beberapa bulan kebelakangan ini.
- Gadai janji (mortgage) naik £3,000 setahun
- BOE jangka ramai pemilik rumah berdepan pembayaran balik gadai janji lebih tinggi dalam tempoh 2 tahun akan datang.
- Pembayaran tahunan boleh melonjak sebanyak £3,000 dalam beberapa kes.
- Inflasi menurun pada 2023
- Inflasi yang mencecah 10.1% pada bulan September, dijangka memuncak 11% pada musim sejuk ini, sebelum jatuh tahun depan.
- Sasaran BOE adalah untuk mengembalikan inflasi kepada sasaran 2%.
- Kadar faedah tidak akan naik seperti dijangkakan
- Susulan jangkaan inflasi akan jatuh tahun depan, BOE tidak melihat kadar faedah akan meningkat sebanyak yang diramalkan.
- Kenaikan kadar faedah terbaru menjadikan kadar semasa meningkat kepada 3%.
- Penganalisis kini berpendapat kadar faedah akan memuncak sekitar 4.75% pada tahun depan.