Maria Luisa Hayem Brevé, Menteri Ekonomi El Salvador dilaporkan telah menyerahkan rang undang-undang pengeluaran aset digital kepada dewan perundangan negara bagi melancarkan bon “Volcano” yang disokong mata wang kripto utama Bitcoin (BTC).
Diperjelaskan, pengeluaran bon $1 bilion daripada Liquid Network, sidechain BTC bersekutu dan prosiding bon* akan digunakan untuk pembelian BTC serta pembinaan tenaga dan infrastruktur mining aset digital tersebut.
*Perjanjian atau pembayaran kredit yang dibuat berkaitan bon atau perjanjian lain antara pihak berkuasa dan orang lain yang menyediakan jaminan untuk pembayaran bon.
Diterangkan lebih terperinci, sidechain akan membenarkan sesuatu penggunaan token terjamin dengan mematuhi peraturan yang ditetapkannya.
Sementara liquid adalah sidechain yang membolehkan BTC mengalir antara liquid dan rangkaian aset digital tersebut manakala Liquid Network adalah jumlah BTC yang akan diuruskan oleh petugas rangkaian itu.
Menurut Paolo Ardoino, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) exchanger mata wang kripto Bitfinex menegaskan bahawa El Salvador akan menjadi pusat kewangan Amerika tengah dan selatan jika undang-undang sekuriti digital diwujudkan.
Rentetan itu, Bitfinex telah diberikan lesen untuk melakukan pemprosesan dan penyenaraian terbitan bon di El Salvador.
Umumnya, bon akan membayar hasil sebanyak 6.5% bilamana kerajaan harus berkongsi keuntungannya dengan pelabur sebagai sebahagian daripada Dividen BTC yang diagihkan setiap tahun menggunakan platform pengurusan aset Blockstream.
Dalam pada itu, perancangan atau inisiatif baharu tersebut mampu memberi pelbagai kebaikan kepada negara El Salvador susulan ia dapat meningkatkan modal serta menarik lebih ramai pelabur ke negaranya.
Oleh demikian, rang undang-undang itu dikatakan akan dibentangkan kepada Kongres negara pada hari ini bagi mendapat kelulusan tersebut yang dijangka akan berlaku sebelum Krismas, ulas Presiden Nayib Bukele.