Walaupun Web3 menunjukkan banyak potensi sejak penubuhannya, kebanyakan individu masih percaya utiliti merupakan satu cabaran sukar yang perlu dihadapi menurut kenyataan oleh Eksekutif Samsung Next.
Raymond Liao, pengarah urusan di Samsung Next (sebelum ini dikenali Samsung Global Inovation Center) mengatakan bahawa syarikatnya akan menyelami Web3 dengan melabur dalam “MachineFi” , istilah yang dicipta oleh loTeX untuk menerangkan tentang paradigma futuristik yang membolehkan mesin menjadi tenaga kerja utama serta dikuasakan oleh teknologi Web3.
Menurut Liao, MachineFi akan menjadi bidang yang menarik kerana Samsung Next akan memfokuskan pelaburan dalam blockchain, artificial intelligence dan metaverse.
Tambahnya lagi, perkara yang loTeX lakukan sesuai dengan beberapa bidang tumpuannya, dan Liao berharap dapat memberi kejayaan kepada visi MachineFi.
Selain daripada MachineFi, beliau juga juga mengatakan mengenai Web3 serta bagaimana tempoh ‘crypto winter’ dapat memberi peluang yang besar kepada pelabur.
Ujar Liao, tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun lepas kerana pelaburan dan pembina produk akan mendapat kelebihan. Sebelum ini juga, beliau percaya pulangan pasaran “terlalu melambung”.
Oleh itu, ditekankan juga oleh Liao untuk memberi tumpuan kepada pulangan 10x, industri pula perlu menumpukan pada pelaksanaan serta menghadapi cabaran memperbanyakkan utiliti bagi mengembangkan ekosistem Web3.
Selain itu, Samsung mengumumkan penciptaan agregator NFT yang akan disepadukan ke dalam TV pintar seperti LED Mikro, Neo QLED dan The Frame. Dalam platform build-in NFT, pengguna berpeluang untuk meneroka dan berdagang NFT.