Dagangan awal minggu (Isnin) menyaksikan US dolar bergerak suram ekoran bank-bank di Amerika Syarikat (AS) ditutup sempena cuti sambutan Hari Kemerdekaan Juneteenth semalam.
Selain itu, tumpuan pelabur terarah kepada Presiden Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang bakal memberi keterangan mengenai Laporan Dasar Monetari Separuh Tahun dihadapan senat pada Rabu dan akan mengulangi keterangannya di hadapan suruhanjaya yang berbeza pada Khamis.
Kenyataan Presiden Fed St. Louis, James Bullard mencuri perhatian pasaran apabila menyatakan bahawa Fed bakal menaikan kadar faedah pada mesyuarat seterusnya selain menegaskan pengembangan ekonomi AS harus diteruskan.
Selepas dari kenyataan tersebut, dilihat mata wang US dolar bergerak sedikit baik tetapi masih pada pergerakan yang suram sepanjang hari menyebabkan kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran memiliki ruang untuk meningkat termasuk Pound yang dilihat berjaya mengekalkan pergerakan menaik walaupun pada momentum lebih perlahan.
Lonjakan Pound pada minggu lalu berkemungkinan sukar untuk diteruskan pada minggu ini susulan tercetus kembali isu Brexit yang meningkatkan ketegangan di mana kerajaan United Kingdom (UK) mengumumkan perancangan untuk menukar protokol Ireland utara.
Walau bagaimanapun, Kesatuan Eropah (EU) mendakwa tindakan tersebut adalah melanggar undang-undang antarabangsa yang telah ditetapkan.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-14
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, dilihat momentum pergerakan harga yang perlahan pada kenaikan di awal minggu disebabkan oleh ketegangan Brexit yang menganggu momentum harga walaupun tidak berlaku penurunan harga.
Harga berjaya memaparkan kenaikan dari paras 1.22000 dengan peningkatan harian sekitar 70-80 pips untuk menuju ke paras tumpuan 1.23000.
Kenaikan harga ke paras tersebut boleh dicapai pada hari ini sekiranya Pound berjaya untuk mengekalkan corak kenaikannya.
Melepasi rintangan itu akan mendorong kenaikan lebih tinggi untuk menguji semula zon rintangan dicapai minggu lalu iaitu pada 1.24000.
Namun disebabkan kebimbangan terhadap ketidaktentuan Brexit yang melanda semula, pelabur akan berwaspada untuk senario penyusutan Pound yang boleh mendorong kejatuhan semula harga.
Penurunan harga yang bergerak susut di bawah zon 1.22000 akan menjangkakan harga menuju ke paras sekitar 1.210000 dahulu sebelum kembali mencecah pada zon support 1.20000 untuk pergerakan bearish yang lebih jelas.
Lihat gambar carta harga GBP/USD dibawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG