Pada hari ini, pasaran kripto berhadapan dengan satu lagi episod malang apabila Bitcoin (BTC) tidak dapat untuk mengekalkan paras daganan $30,000. Aset kripto terbesar itu telah jatuh di bawah paras $29,000 iaitu pada $28,955 di sebelah petang tadi. Lebih malang adalah apa yang menimpa altcoin, dengan mengalami kerugian harga yang besar. Contohnya, Ehtereum masih bergelut dibawah paras harga $1,900, manakala ADA susut di bawah $0.5.
Perkara ini telah hampir menjadi satu peristiwa yang tidak dapat dielakkan dalam sepuluh hari yang lalu atau lebih. Terdapat senario bahawa beberapa kali Bitcoin mencuba untuk menakluki paras $30,000 apabila ia telah mencecah $30,000 sebelum ia gagal menakluki paras tersebut.
Sejak awal minggu ini, telah terdapat 3 senario berasingan yang berlaku. Pertama kali yang berlaku adalah pada hujung minggu apabila penolakan menyebabkan BTC di bawah $29,000. Perkara yang sama juga berlaku sekali lagi pada 23 dan 24 Mei lalu.
Pada hari Rabu semalam, harga Bitcoin telah melonjak hampir $2,000 dan mencencah $30,000. Walaubagaimanapun, ia hanya bertahan dalam waktu yang singkat apabila petang tadi, harga BTC telah menjunam keparas $28,000.
Modal pasaran BTC jatuh ke paras $560 bilion, manakala kejatuhan dalam pasaran altcoin telah meningkat melebihi 45%. dan ia adalah metrik tertinggi sejak Oktober. Ethereum mendahului trend kejatuhan ini dengan penurunan harian sebanyak 6%. Akibatnya, aset kripto kedua terbesar telah jatuh di bawah $1,900.
Binance Coin turun lebih daripada 8% dalam 24 jam yang lalu kepada $300. Ripple, Cardano, Polkadot, Dogecoin, Shiba Inu dan Litecoin telah menurun dengan peratusan yang hampir sama.
Solana dan Avalanche, bagaimanapun, telah menyaksikan penurunan harian yang lebih ketara. SOL (-9.5%) turun kepada $44, manakala AVAX telah merosot kepada $24 selepas kejatuhan 14%..